Saturday, 18 March 2023

Cinta Monyet



“Kenapa hang tak mau pi Timah? Tak kan aku nak pi sorang pulak. Tak best la…..” Nurul menunjukkan rasa tidak berpuas hati kepada kawannya Fatimah.

“Sorry la beb..aku bukan tak nak pegi kem tu. Tapi aku tak dapat nak pegi. Hang tau kan aku macam mana kat rumah. Banyak benda aku kena buat wei. Tolong mak aku niaga lagi..jaga adik aku lagi. Kalau aku tak ada kat rumah nanti kesian la kat mak aku..” Fatimah menjelaskan sebab dia tidak dapat pergi kem untuk Pertandingan Kawad Kaki wakil negeri yang akan diadakan di Perak dan seminggu latihan di Baling, Kedah.

“ye ke..aduhh..maknanya terpaksa la aku pegi dengan geng minah latah tu. Dah la gedik. Dah mcm sotong dah aku tengok. Sotong kalau tengok pon tak mengaku keturunan hang tau tak.” Keluh Nurul. Geng latah yang Nurul maksudkan itu ialah sekumpulan gadis-gadis gedik yang kuat latah.

“terpaksa la wei. Buat tak nampak je minah-minah tu. Tak kan hang nak tarik diri sebab diorang pulak kan. Cikgu yang pilih hang kot. Pegi je la. Bukan lama pun. 2 minggu je. Nanti hang balik kita lepak la.” Pujuk Fatimah. Dia sebenarnya serba salah tidak dapat menemani kawannya pergi ke kem tersebut kerana urusan keluarga.

“okay la. Aku pi. Tapi sebagai denda hang tinggal aku dengan minah-minah tu, hang kena belanja aku ais krim. Aku nak ais krim flavor mint and chocolate. Pastu nak ada tabur-tabur kat atas ais krim tu. Baru la best.” Nurul sudah bayangkan ais krim favourite dia dengan muka yang mintak penampar.

“eh eh eh. Minah ni demand lebih pulak eh. Dah la mintak kat kita. Boleh pulak request macam tu. Macam ni punya orang pun ada ke. Hahaha” Fatimah berkata kepada Nurul sambal pura-pura marah.

“eh cik Timah. Nasib baik awak ada kawan yang baik, memahami, dan yang paling penting comel ni. Ais krim je pun. Bukan mintak Mercedes pun. Haha” balas Nurul dengan nada gurau.

“ye la cik Nurul oii. Sempat lagi hang masuk bakul angkat sendiri eh. Tapikan.. aku macam musykil satu benda je.” Kata Fatimah sambal merenung Nurul.

“musykil? Ape benda yang hang musykil nya?” Tanya Nurul dan memberi sepenuh perhatian kepada Fatimah.

“ape kena mengena comel dengan ais krim tu. Aku tak nampak connection dia. Ais krim tu aku setuju la aku belanja. Tapi hang comel? Ermmmmmmm..” kata Fatimah sambil ketawa kuat.

“Ya Allah Timah. Hang main gurau kasar eh. Ada jugak aku cekik hang ni. Hahahahahhahaha..” Nurul mambalas gurauan Fatimah dan mereka ketawa terbahak-bahak. 

************** 
“semua pelajar sila berkumpul di kawasan kawad sekarang! Letak beg di tepi dan beratur dalam barisan.” Encik Hashim atau lebih dikenali sebagai kapten di kem ini. Semua pelajar yang datang dari sekolah yang berlainan semuanya berkumpul di tapak kawad tersebut. Kapten memberi taklimat tentang tentative program kem tersebut dari hari pertama sehingga hari pertandingan. Dia juga memberitahu dimana asrama untuk lelaki dan perempuan, peraturan dan sebagainya. 

Selepas taklimat, semua pelajar pergi ke bilik masing-masing untuk kemas barang-barang yang dibawa. Tepat pukul 2 petang, siren berbunyi menandakan semua pelajar harus berkumpul di tapak kawad dengan pantas. Jika ada sesiapa yang lambat, kapten akan mengenakan denda yang memalukan contohnya berkata ‘I love U’ pada tiang bendera, cium pokok, menyanyi lagu negaraku, dan sebagainya. Nurul seboleh-bolehnya mahu mengelak dari kena denda sebegitu. Nurul terus pergi ke tapak berkumpul dan menunggu yang lain sampai. 

“baiklah, sekarang saya akan memanggil nama untuk setiap kategori yang kamu akan bertanding. Jadi jika nama kamu dipanggil, datang kedepan.” Arah kapten kepada semua pelajar. Selepas diasingkan ke bahagian masing-masing, semua pelajar bergerak ke tempat latihan masing-masing untuk berlatih sebelum pertandingan. Ada beberapa kumpulan yang terlibat seperti kawad kaki, penyelamat, first aid, dan kebudayaan. Nurul diletakkan di bahagian kawad kaki dan dia memang suka dengan keputusan itu. 

**************
Dua hari berlalu dengan pantas dan semua pelajar berlatih dengan bersemangat. Tiba-tiba Nurul mendapat arahan supaya ditukarkan ke bahagian penyelamat kerana kekurangan orang. Dia tidak dapat menolak kerana ianya satu arahan. Jadi terpaksa turutkan. 

“ish kapten ni, tak ada orang lain ke yang dia nak tukarkan. Dah la aku ni tak ada pengalaman nak menyelamat. Selamatkan diri sendiri pun fail, nak selamatkan orang lain macam mana. Geram pulak aku.” Keluh Nurul ketika berjalan ke tempat penyelamat. 

Esoknya sekali lagi Kapten mengarahkan Nurul ditukarkan dan kali ini menyertai first aid team kerana dia merasakan penyelamat sudah cukup orang. 

“eh eh kapten ni. Main kasar pulak dia tukar-tukar aku banyak kali. Elok-elok aku dh terer buat penyelamat, dia tukar pulak. Dah la kena join minah-minah gedik tu. Aduh. Ni yang malas ni. Ade ke bagi first aid kat budak gedik. Pastu latah pulak. Mati la mangsa kalau dapat first aider macam tu.” Nurul mengeluh tetapi turutkan juga. Dia terpaksa berlatih dengan kawan-kawan sekolahnya yang kuat latah itu. 

‘Sabar Nurul..ada hikmahnya kenapa hang asyik tukar-tukar bahagian. Maybe kapten tu nak hang tau semua kot. Atleast hang tau jugak sikit-sikit benda basic. Boleh guna bila perlu.’ Nurul memujuk hati sendiri. 

Pada hari keempat, Nurul dikembalikan ke bahagian kawad kaki. Dia berasa sangat gembira dapat berkawad kembali. Dia pun berkawad dengan hati yang senang.

Selepas makan tengah hari, pasukan kawad kaki harus teruskan latihan. Cuaca pada hari tersebut sangat panas dan tiada langsung angin yang bertiup. 

“aduh panasnya hari ni. Penat la pulak panas-panas macam ni.” Nurul bercakap sendirian. 

“kalau nak mengeluh baik tak payah join kawad kaki. Pegi join team lain.” Tiba-tiba satu suara kedengaran. Nurul menoleh ke kanan. Terdapat seorang lelaki berdarah kacukan cina sedang melirik ke arah Nuruh dengan muka yang serious. 

‘ish mamat ni. Dah la tengah panas ni. Dia pulak nak panaskan hati aku. Harap muka je lawa tapi perangai macam hampeh’ Protes Nurul di dalam hati. 

“Suka hati la nak join mana-mana pun. Tak payah nak sibuk.” Nurul berkata tegas sambal menjeling tajam kepada mamat tersebut. 

Selepas kejadian tersebut, mereka berdua memulakan perang dingin. Bila berjumpa ada sahaja yang salah. Jeling-menjeling tu perkara biasa apabila ternampak.

Seminggu berlalu dengan pantas, akhirnya mereka semua akan berangkat ke Perak selama seminggu untuk bertanding. Bas pelajar lelaki dan perempuan diasingkan atas arahan Kapten. Nurul mengambil tempat di tepi tingkap dan bas pelajar lelaki dapat dilihat melalui tingkap tersebut. Nurul termenung keluar tingkap sementara menunggu semua pelajar naik, salah satu langsir tingkap di bas lelaki terbuka. Muka yang amat Nurul tidak suka ada disitu.

‘ni yang aku nak marah ni. Apasal dalam banyak-banyak muka, muka dia jugak yang nak muncul. Bagi la muka yang sedap sikit mata ni pandang.’ Nurul protes sendirian. Tidak semena-menanya lelaki tersebut menjelirkan lidahnya. Nurul merasa tercabar dan membalas kembali jeliran lidah mengejek mamat tersebut. Keadaan tersebut berlarutan sehingga bas bergerak hilang dari pandangan.

‘hmmpp..baru hang tau sapa lagi hebat. Nak main jelir lidah konon.’ Nurul tersenyum sinis merasakan dirinya menang pertandingan jelir lidah yang mereka sendiri reka. 

****************
“hai.. nama saya Illias.” Nurul menoleh kearah suara yang menyapanya. 

‘Ish dia ni lagi. Nak ape lagi entah.’ Nurul marah dalam hati apabila melihat siapa yang menegurnya. Rupanya lelaki yang dia tidak suka itu yang menegurnya. 

“Hai. Ade ape eh?” jawab Nurul acuh tak acuh. 

“saya sebenarnya dah lama nak tegur awak. Tapi saya tak tahu macam mana nak mula. Jadi saya cari pasal dengan awak. Saya harap awak maafkan saya.” Illias memohon maaf dan menjelaskan kenapa dia berkelakuan begitu. Nurul merenung muka Illias mencari keikhlasan di muka lelaki itu. 

‘muka nampak macam ikhlas je. Patut ke aku layan mamat ni. Ataupun dia saje nak kenakan aku. Ish susahnya’ Nurul berperang dengan perasaannya sendiri. Setelah 1 minit berfikir, Nurul membuat keputusan untuk menyambut salam persahabatan Illias. 

“okay..saya maafkan awak..saya Nurul..and saya pun nak mintak maaf jugak sebab perangai tak senonoh saya selama seminggu ni..hehehe.” Nurul sengih menampakkan semua giginya apabila mengenangkan perangai dia ketika bermasam muka dengan Illias. 

Sejak dari hari itu, Nurul dan Illias menjadi rapat. Kemana sahaja mereka pergi semestinya berdua sehinggakan pelajar lain di kem tersebut bergossip tentang mereka. Ada yang mengatakan mereka ni ‘couple’. Ada juga yang label mereka seperti belangkas. Tetapi mereka berdua hanya tutup telinga. 

“kak Nurul, kak couple eh dengan abang Illias?” tanya budak junior di kem tersebut. Mereka nampak begitu ‘excited’ menantikan apa yang Nurul hendak katakan. 

“eh? Tak la.. kitorang kawan je la.. kawan rapat..” jelas Nurul.

“Tapi korang nampak macam loving couple. Abang Illias nampak macam suka dekat kak Nurul. Kitorang selalu nampak abang Illias belanja kak Nurul air, burger, macam-macam la” seorang lagi budak junior menyampuk. 

“ewah..sejak bila pandai jadi spy ni..tau pulak korang ye ape yang abang Illias belikan.. Tapi kitorang gilir-gilir belanja sesame sendiri.. bukan dia je yang belanja. Yang penting, kitorang kawan..” Nurul hanya mampu tersenyum mendengar celoteh juniornya. Tapi jauh di dalam hati Nurul, dia juga merasakan yang dia suka pada Illias. Tetapi dia takut jika perasaan ini hanya akan sebelah pihak. Oleh sebab itu, Nurul hanya memendam perasaan.

****************

"Awak tak ada latihan ke hari ni?" tanya Illias kepada Nurul. 

"Tak ada. Kapten bagi free time. pukul 2PM kejap lagi baru berkumpul balik. Awak?" balas Nurul sambil berjalan seiring dengan Illias. 

"Saya ada latihan sekarang. Saya on the ke sana. Jom la pegi tengok saya practice." ajak Illias. 

"Boleh ke? nanti kacau pulak korang semua", Nurul teragak-agak mahu ikut. 

'Biar betik dia ni, nanti kang aku pulak yang jadi punca diorang kalah sebab xcukup latihan. tak pasal je. Eh! tapikan, aku ni sapa yang depa nak risau sangat sampai tak boleh nak latihan kan? over betoi pemikiran hehe' Nurul berkata dalam hati. 

"Hello cik adik, dah habis ke berangan tu? orang tengah cakap kat sini, dia dah sampai ke mana dah tu. Nak pegi tak?" kata Illias sambil melambai tangan di depan muka Nurul. 

Nurul tersentak. tidak perasan dia dah berangan lama. 

"Boleh-boleh. jom pegi. nak jugak tengok hebat sangat ke. hehe" Nurul ketawa sambil berjalan ke sarah sekumpulan pelatih yang sedang berlatih. 

****************

Nurul perasan Illias sedang memandangnya sehingga tidak berkedip mata. 

'Eh mamat ni, apasal dok pandang pandang kat aku ni. ada yang pelik ke kat aku.' Nurul memandang ke arah dirinya atas ke bawah. 

'tak ada yang pelik pon. Tapi alahai, comel la pulak dia ni. aku ni dah la memang suka kat hang, dia pandang cam tu pulak. boleh goyah ni. Aduh'

selama beberapa minit mereka bertentang mata seperti berada di dunia mereka cipta sendiri. Tiba-tiba seorang junior menepuk bahu Nurul. 

"Hai kak, lama bertentang mata. Dah jatuh ke hati ke? hihihi" dia ketawa mengusik. 

"Eh! mana ada. Kak tengok diorg practice la. Tak baik tau tuduh." Nurul menggelabah cari alasan. 

"Eleh kak, tak yah la nak cover-cover. Sekali tengok pon dah tau kak syok kat abg Illias. Abg Illias tu pon syok jugak kat kak."

"Hah! dia syok kat kak? eeeeeiiii hampa jangan dok tembak sebarang noh."

"betoi la kak. Kalau tak betoi, tak dak la dia dok tenung kak sampai sekarang ni ha" Nurul alih pandangan ke Illias dan ya, Illias masih memandangnya dengan raut yang tenang sambil tersenyum lembut. 

'Ha sudah. Aku dah syok kat dia la ni. dia ni pon, dah tau diri tu hensem, jaga la sikit expression tu. kan dah goyah dah ni. Haih! p senyum pulak.'


****************

Sedar tak sedar, sudah tiba hari petandingan yang dinantikan. Semua ahli yang terlibat sibuk membuat persiapan dan practice terakhir. Suasana di kem tersebut sangat meriah dengan tetamu-tetamu dari luar yang ingin menonton pertandingan tersebut.

"Nurul, pertandingan kawad kaki pukul berapa?" tanya Illias. 

"Pukul 9AM pagi kot. Semua kategori berjalan serentak kecuali persembahan. Persembahan malam kan?" Tanya Nurul kepada Illias. 

"Betul la tu. Malam nanti baru turn kitorang bertanding. so tak dapat la nak jumpa atau lepak hari ni sebab diorg plan nak practice sampai petang." Illias memberitahu tentang planning team mereka pada hari ni. Dia menundukkan muka seperti kecewa. 

"Alah, xpe. Lepas pertandingan kita lepak la kejap. Lagipon esok tu kan dah nak balik. Malam ni lepas persembahan aktiviti bebas." Nurul berkata kepada Illias supaya dia kembali ceria. 

"Okay la Illias. Saya nak pegi prepare semua barang nak pakai kejap lagi. takut nanti tak sempat pulak. Awak pegi la practice. and Good luck malam ni." 

"Awak pon sama. Good luck." jawab Illias. mereka berdua pergi ke destinasi masing-masing. 

Acara pertadingan berlangsung dengan meriah. Semua ahli menyokong pasukan masing-masing. Tidak kurang juga dengan Nurul yang bersungguh-sungguh melakukan yang terbaik untuk menang. Mereka memenangi tempat yang keempat disebabkan kesalahan teknikal. 

Pertandingan persembahan juga tidak kurang hebat. Semua persembahan sangat menarik kerana setiap negeri mempersembahkan adat dan warisan negeri masing-masing. Team Illias memenangi tempat pertama dan Juara di pertandingan tersebut yang mempersebahkan sejarah Terusan Wak Saman. 

****************

"Wow, hebatnya korang. Juara kot." Sergah Nurul ke Illias dari arah belakang. 

"Mesti la. Juara 3 tahun berturut-turut tau. Kena la maintain hehe. Korang pon okay. number 4 tu pon okay" Illias berseloroh. 

"Tu la. Silap tadi si Aina tu pegi keluar dari platun sebab tali boot dia terbukak. Kalau tak mesti kitorg dapat number 3." Nurul meluahkan rasa kecewa. 

"Xpe la. Dah lepas dah pon. Benda nak jadi kan. Awak dah makan ke?" tanya Illias. 

"Belum. Tunggu awak la. kan janji nak lepak lepas bersurai." Jawab Nurul mengingatkan Illias tentan janji untuk lepak selepas habis pertandingan. 

"Kalau macam tu, jom pegi beli burger kat makcik depan tu. Pastu kita lepak kat pantai. Amacam?" Illias memberi idea. 

"Okay cun. Jom" Nurul setuju. Mereka berdua berjalan seiring ke kedai burger depan kem dan terus menuju ke pantai. 

"Nurul, saya ada benda nak cakap ni" Illias memandang ke arah Nurul dengan wajah yang serious. 

'Uish, risau la pulak. Tak kan nak confess kat sini kot.' Nurul merasa berdebar tetapi masih mengawal ekspresi wajah. 

"Hmm. nak cakap ape? Cakap je" jawab Nurul sambil menggigit burger yang dibeli tadi. 

"Saya sebenarnya suka kat awak. Macam yang saya cakap masa kita mula-mula sampai hari tu. Saya kacau awak masa mula kenal sebab saya suka kat awak. Tapi masa tu saya tak tau macam mana nak tegur. Sekarang ni saya nak bagitau secara clear yang saya suka kat awak dari hari first kita jumpa."

"Hah!" Nurul terkejut seakan tidak percaya. 

'Aku ingatkan aku je yang syok kat dia. Rupanya dia pon syok kat aku. Uish bagai mengantuk kena sorong bantal ni. Sabar Nurul. Hang jangan tunjuk sangat hang tu excited. Sat lagi jatuh standard.'

"Erm, awak serious ke ni Illias. Awak tau kan kita sekolah jauh. rumah pon daerah lain-lain. Saya kat Alor Setar, Awak kat Kulim.Awak tak raa ke macam pointless?" kata Nurul kepada Illias. 

"Saya tau. Tapi saya janji akan selalu contact awak. Saya sebenarnya salah sorang ahli kelab Teater. Kami selalu turun ke Alor Setar untuk latihan dan persembahan. Saya boleh jumpa awak masa tu. Awak jangan risau."

"Oh faham. Kalau macam tu, saya okay. Sebenarnya saya pon suka kat awak. Tapi buka first sight la. hehe." Nurul berkata malu-malu. 

"Ye ke. Awak suka saya masa bila? Illias sengaja tanya begitu untuk mengusik Nurul yang malu. 

"Masa ikut awak practice persembahan. Awak la punca. Tenung saya lama sangat. Macam nk gugur jantung saya masa tu". Jawab Nurul malu-malu. 

Illias tersenyum. Nurul dapat melihat reaksi muka Illias yang gembira dengan jawapan Nurul. Mereka pon terus berbual di tepi pantai yang sejuk ditiup angin yang seoi-sepoi bersaksikan bulan yang terang menyuluh mereka yang gembira. 

***Cinta monyet juga satu perasan sayang yang setiap manusia akan rasa. Tidak bermaksud perasaan itu hanyalah mainan atau tipu. Ia adalah permulaan kepada pembelajaran tentang apa itu erti sayang dan cinta.***






Wednesday, 26 June 2019

Toxic Relationship

Assalamualaikum and hello readers.. 

Baru-baru ni aku ada involve dgn situation that I can label it as "TOXIC RELATIONSHIP". Tapi jangan risau. Bukan my relationship sebab aku tak ada bofriend ('No Men No Cry' tapi hakikatnya berakar bontot menunggu prince charmingku). For someone who dont know ape itu toxic relationship, meh nak bagitau. Toxic Relationship is any relation that is unfavorable to you or others. Senang cerita relationship yang tak healthy. It can be from both or only one person. Now I tell you my story about friend of mine yang involve in this kind of relationship. My friend's name is Capik (bukan nama sebenar) and his girlfriend's name Emma (bukan nama sebenar). 

Aku kenal Emma since orientation masa degree dekat Kuching, Sarawak. Kitorang tak kawan rapat pon sebab tak boleh nak 'click' bila lepak if you know what I mean. So one day she wanna join me for dinner and I said why not. That time si Capik and also few other friends also ada. So masa ni la diorang dua ni kenal and exchange phone number but they didnt contact frequent as far as I know la kan. but I mention to him once 'I support you if you like someone but not her'. I dont know why, she kinda look innocent but something bout her that I dont like. Since korang semua dah tau macam mana diorang kenal, I skip the beginning part. 

Diorang start diorang punya relationship masa cuti semester. I knew from Capik about their relationship. So I asked him how they end up in a relationship. My friend said during semester break, she's having problem with her boyfriend and tell my friend all her problem (she actually told me once also about her problem but I just listen). So my friend kononnya jadi pendengar setia keluh kesah minah ni la. sebab dah banyak dengar dia pon jadi kesian and dari kesian timbul sayang. Then he mintak couple with that girl. 

People used to say that first 2/3 month is the honeymoon time. All went well and happy. After Semester break end, I went back to hostel and as usual me and my friend lepak for dinner. Then she called but he didnt wanna pick up. I feel suspicious but dont wanna ask. Then after few weeks I decided to ask bout their relationship. Then I knew that they having problem and I kinda figured she's the source of this problem. 

Here's why:

1. She texted me asking where is Capik and I said I dont know cause I have event to organised at that time. I ask why dont she call him and she said she did but Capik didnt pick up. She insist wanna meet me and gave kinda weird reason. she said she wanna meet me to give sourvenirs that she bought in Singapore. I did tell her to pass it to Capik instead sebab kitorang memang akan jumpa kat campus tapi dia insist nak bagi jugak. Mesti korang confuse kan sebab mula-mula I mention that we are studying in the same uni. and hoorayy to sesapa yang teka betul, she quit after 1 year study. Back to my story, I said "fine" and told her where am I. She came and give me all those stuff and maybe she figured out that Capik not with me then she left. hmmmmmmmmm...........Lu pikir la sendiri.......

2. She texted me and comment on his others kawan perempuan's instagram post saying nonsense like 'He smile a lot with you guys but not with me", "What he felt at the moment?", and many more. I'm not sure bout you guys but if I am the girlfriend, I will ask that to my boyfriend and solve it just the two of us. Will not involve third person especially when the third person is close to one of them. 

3. She came to his place in the middle of the night just to make sure he's back home before midnight. Can you guys imagine? like wtf! Is he 16 years old kid? He's already in his mid 20's okay. If she did that after they went out together of course I understand but she did that whenever he didnt reply to her text. If she figured hes not home yet she will text me asked for him like am I his nanny? Duhhhh he have his own life btw. 

4. I become the bad guy in their relationship suddenly. I knew from Capik, my name always become a topic when they fight because I'm close with Capik. She label me as someone who trying to rampas boyfriend dia. pfffttt..so ridiculous.. (macam la hensem sangat boyfriend dia..)

5. Suddenly my name appears in her whatsapp story which of course lead to the negativity side. I'm impressed! I asked my friend what the hell happen. Then he said she posted that just because he dont wanna go breakfast with her (Blur...........). Apa connection dengan aku pulak kan? korang gaduh korang dua dah la. nak libatkan aku kenapa. lmao. 

and there's many other things happen for the past few months. Banyak lagi benda yang dia buat that I dont wanna mention here sebab too much to process. To make it simple for you guys to understand. Korang pegi youtube and watch 'Girlfriend Aku Dari Neraka' and see Sakinah's character. Emma is 50% of that perangai. 

Maybe some of you guys tertanya-tanya kenapa tak break up je kan? senang. Tapi susah for him la cause she threaten him if he wanna break up she will suicide or kacau all of his kawan perempuan in whatsapp and instagram or come to his place in the middle of the night just to cry her ass off. I can say she did many thing that I didnt expect. 

If you guys ask for my opinion, I would say that both of them salah but the way she handle it probably too much. Now people around him talk behind his back about their relationship and sometimes they gossip bout them in front of his face. If aku jadi dia, memang malu wey. 

Advised from me for people out there:

1. Jangan overjealous/oversuspicious/overreact and macam-macam lagi yang over la especially girls. Guys also got their limits to handle girls. Dont torture them with your ridiculous attitude just to pleased yourself. 

2. Do not involve other person when korang gaduh because you never know what that third person capable of. Nanti takut malu sendiri. 

3. If you are wrong admit it. Dont put the blame on others. Everyone make mistake. 

4. THINK before you DO something. Not the other way around. 

I think that's all for my story. If you guys have any experience on toxic relationship boleh la kongsi sama. Maybe we can figure how to overcome this issues. I doubt it (here come my negative thought hahahahahaha). Till next time and thank for read my blog. ^ ^


Sunday, 28 October 2018

In Friendship, Jealousy is Normal or Not?

Assalamualaikum and hello everyone,

Right now I'm in a state of confusion. I have a guy friend and he also my bestfriend. I'll name him A. We are so close so we share lot of secrets, spend most of our time together and help each other when needed. I am so thankful for that. then, this one girl came into our life and she is also my friend. I introduce her to A cause we started to study together. From what I see, this girl is attention seeker. She like to have A's attention and I dont know why. For your info, she has bf already but study in other state. At first A dont like her personality and he tell me that. He always complain to me about her. the girl also started to do what I like to do with him. For example, we jokes and slap each other body just for fun but we did naturally. She suddenly did that to A in front of me and normal reaction for A, he slap back. I was like "whatever". As time flies, she always did that repeatedly when we study together to the point it's so annoying. Then she quit university. We lost contact for few months. 

One night, I texted A for dinner but he said he cannot go cause he go dinner with this girl. I'm so surprise that they still in touch. Everything was okay and suddenly I feel like A are keeping secret from me. He started to focus on this girl a lot and I get pushed aside. They always make plans together but also complaining about each other to me. Sometimes, she asked me whether I want to join them for an event. I said I'll think about it. Then she said "If u dont wanna go, I'm not going also" and want to register together. It turn out she register already without telling me. So I end up didnt register cause past due date. and Sometimes, A tell me the girl's problem and ask whether she tell me. I said she didnt tell me anything. Then I found out she share lot of her problems with him including her relationship problem. I dont have a problem about her sharing her problem to him, but why involve me in the situation. It seems like she want to tell me that she's close to A compared to me. Maybe I thought wrong but that's what I feel. Whenever three of us go out together, they always slapping each other, jokes around while I'm there like a street lamp post. Nowadays, they often go out together and he didnt even tell me and of course I know from the girl. He also start to forgot something that I ask. Maybe I'm not "memahami" enough. I just assume he has lot of things in his mind to think about. 

At some point, I feels like my existence are not important anymore to him and I feels he's so far for me to reach. I feels so sad when they jokes around together eventho I'm there with them. I just laugh at their jokes but feels awkward with them. I dont know whether I'm just overthinking or being a dramatic but I do feels lonely around them. My heart hurt but I fake a smile and laugh together with them. 

So let me ask u guys. Am I being dramatic? or Overthinking? or Jealous? Is this normal in friendship? What do u guys think?