[ni cerpen first aku buat untuk korang..hehe..tapi
aku xda la pandai sangat tulis cerpen kan..harap kowg enjoy..hehe..^^]
“hello, mana
hang ni..aku dah sampai dah pon..aku tunggu dekat depan kolej tau..cepat
sikit..”aku menekan punat ‘end call’ pada handphone yang dipegang sambil
mengukir senyuman lebar.
“alhamdulillah..dapat
jugak aku sambung degree..dapat sama ngan inas pulak 2..xsabarnya nak tunggu
inas sampai..”gumam aku sambil menunggu sahabatku.
“inas dah sampai
ke..lambat lagi ke..kakak pegi la daftar dulu..”mama aku, puan zaini memberi
usul.
“ala..inas dah
nak sampai dah..sekejap je lagi..kakak nak duduk 1 bilik dengan inas..baru
best..”aku memujuk mama sambil memberikan senyuman yang paling manis.
“xpayah nak senyum
manja-manja sangat la..nak bodek la 2 kan..macam la mama xkenal dengan anak
mama..”kata puan zaini kepada aku..
“nak manja sikit
pon x boleh..hehehe..ha..2 pon inas dah sampai..”jerit aku sambil menunjuk ke
arah safinas..
“wei..sorry..aku
lambat..jom pegi daftar..”kata safinas sebaik sahaja sampai.
“jom”aku
mengikut safinas pegi mendaftar..maka bermula la hidup aku dengan safinas
sebagai seorang pelajar di IPTA.
**************************************************************************
“wei inas..kelas
kita start bila??” aku bertanya kepada safinas.
“kelas?minggu
depan kot..minggu ni kita ada program..eh..rasanya kawan aku ni baru 21
tahun..xkan dah nyanyuk kot..”balas safinas sambil ketawa.
“amboi..sedapnya
kata kat aku..bukan lupa la..Cuma nak make sure je..” aku cuba untuk menutup
malu.
“eleh, nak cover
la 2..padahal dah malu sendiri..kan??” safinas ketawa..
“hehe..macam
mana hang tau..terer la hang ni inas..dah macam ahli nujum dah..boleh baca apa
yang orang pikir..”kata aku dengan rasa teruja yang dibuat-buat.
“banyak la hang
punya ahli nujum..jangan nak start perangai hang yang senget tu..nanti
berjangkit pulak dengan aku..”safinas memberi amaran sambil ketawa kuat..
“eleh..bukan
orang lain kan..kawan hang jugak..wekk..”aku menjelir lidah kepada safinas
tanda mengejek. Kami berdua ketawa bersama-sama dengan perangai masing-masing.
Kami sudah berkawan dari tingkatan 4 tapi mula rapat bila sambung diploma di
IPTA yang sama. Sejak dari itu, kami selalu ‘together-gether’. Yang paling
penting, kami tidak pernah bergaduh. Kami buddies, kami xkan terpisah.
Haha..dah macam iklan digi dah..
Eh..aku lupa nak
kenalkan diri. Nama aku isya. Aku seorang yang boleh tahan pelupa dan kadang-kadang
blur tapi kwn-kwn aku kata aku sangat keanak-anakan. Walaupon dah 21 tahun,
tapi kalah budak tadika. Budak-budak tadika 2 kalau tengok perangai aku ni. Aku
rasa diorang pon akan geleng kepala. Nasib baik la inas 2 melekat jugak dengan
aku ni..kalau x..kelam kabut jugak hidup aku..hehe
**************************************************************************
“Wei..wei..wei..cuba
korang tengok mamat tu..handsome nya..pakaian dia smart kot..siap badan
ketak-ketak(muscle) lagi..full pakej tu..”kata aliah kepada aku dan safinas
sambil membuat isyarat mata..dah macam nak juling dah aku tengok mata aliah
ni..jangan sampai terkeluar sudah..aku dan inas pon curi-curi pandang mamat
yang aliah kata handsome 2 berjalan masuk ke dalam kelas. Ye la..xkan nak tengok
teros kan..nanti nampak sangat pulak macam busybody..
“ye
la..handsome..hot stuff tu..haha..” balas safinas pendek..aku memandang mereka
berdua silih berganti..
“boleh la..tu
pon sebab dia putih and ada muscle..”aku beri komen malas..
“ ‘boleh la’ je hang
kata..sikit punya handsome kot..buta ka apa hang ni..kalau la aku dapat jadi
awek dia..fuh..memang xkan curang punya..setia sampai mati..haha..”aliah
berkata dengan senyuman ‘gatal’nya..safinas hanya ketawa kecil..aku mengangguk
dengan muka tidak bersalah..
“habis, pakwe
hang tu hang nak campak kat mana..?campak kat inas..?haha..” aku ketawa kuat..
“tak nak la aku..”
safinas menolak cadangan aku sebulatnya..safinas memang jenis yang tidak suka
‘couple’..semakin kuat aku dengan safinas ketawa..
“nazirul tu..aku
letak dalam hati la..zam tu spare part je..haha..”aliah ketawa kuat dengan
lawak sarkasnya tu..
korang mesti nak
tahu kan sape mamat tu..ha..nak kenalkan la ni..nama dia zam..umur 22
tahun..asal dari sabah. Orangnya tinggi, putih, handsome,baik, dan sometimes
he’s gonna act cute..Badan pulak ada muscle..macam jong kook oppa dalam cita
Running Man. Cuma zam ni kecik sikit la dari jong kook 2..dia selalu pegi gym.
Gym tu dah macam rumah ketiga dah bagi dia..kanapa ketiga??haaa..sebabnya..yang pertama
of coz la rumah dia kat sabah kan..yang kedua sudah semestinya kolej yang dia
duduk sekarang..yang ketiga baru la gym..dah faham kan..and dia ada kawan baik..macam
belangkas la jugak diorang ni..asyik bersama je..tapi xboleh lawan la aku
dengan safinas..haha..so, kenal zam pon dah..jom kita sambung cita balik..
*************************************************************************
Dah hampir dua
bulan aku belajar dekat sini. Semuanya ok..classmate best, lecturer pon best,
pelajaran pon ok..so..nak dijadikan cerita..sampai la satu hari, aku harus menghantar
wassup kepada zam kerana ingin meminta tolong masukkan aliah dalam group wassup
kelas kitorang..
‘haih..aliah punya
pasal la ni..yg pegi leave group tu apasal..xpasal je aku yg kena msg si zam tu..cam
mana nak start ek..ish..pening la aku..dh la cakap ngan dia pon sekali dua
je..tu pon dua tiga ayat je..ermm..lantak la dia nk kata pe pon..’aku bercakap
sorang diri sambil menaip msg di ‘handphone’..
- salam..nk mntk tlg sikit bley??
Tetapi tiada balasan.
‘eh..apsal dia xreply ek..ish..dia xonline kot..eh..apsal aku xsabar pulak
ni..sabar sya..kita tunggu esok..’
Keesokan harinya
aku periksa handphone ku..’ha..zam dh reply la..cpt sikit keja aku..’
-wslm, sapa ni?
-oh hang, xsave no.
“eh..dia tanya
aku sapa..pastu dia yg jawab sendiri..haha..”aku ketawa kecil membaca msg dari zam..Aku
segera membalas msg zam..
-save la no aku cpt..haha
Dua minit
kemudian zam pon balas..
-dah la..
Sejak dari hari
tu, aku selalu msg or wassup dengan zam. tukar-tukar jawapan tutorial yang
lecturer bagi, tanya tentang kelas, dan sembang-sembang kosong.
*************************************************************************
Hari berganti
hari, satu perasaan yang pelik bin aneh muncul dalam hati aku. Bila aku ternampak
atau terjumpa dengan zam, jantung aku ni berdegup laju macam nak terlompat
keluar. aku rasa macam happy. Asyik senyum sepanjang hari. Kadang-kadang sampai
termimpi-mimpi..mesti korang rasa aku ni dah parah kan..haha..Hal ini dah
diketahui oleh safinas, aliah dan tasneem(salah sorang budak kelas yang rapat
dengan kitorang). Aku xpasti samada zam suka kat aku atau x. Tetapi
kadang-kadang zam seperti beri harapan dan menunjukkan minat kepada aku. Kalo
korang nak tahu macam mana zam bagi harapan. Macam ni ceritanya..
Situasi 1:
Batch kitowang
ada program dekat kampus. So suma budak-budak batch kitowang wajib kena pegi x
terkecuali aku dengan kawan-kawan yang lain.
“wei
inas..program apa pulak ni..aku baru je nak relax hari cuti macam ni..dah la
wajib..”aku bersuara tidak puas hati kepada safinas. Sape yang suka ada program
hari sabtu atau ahad. Time org nak rehat tahu x..
“program apa
entah..aku pon xsure..aku pon malas jugak nak pegi..tapi kalau xpegi nanti
pihak universiti kenakan tindakan disiplin pulak..mengganggu ketenteraman org
betol..”luah safinas juga tidak puas hati.
“jom la kita
siap..nanti lambat pulak pegi program tu..xpasal je malu nak masuk dewan
tu..dah la ramai org..”aku memberi cadangan lantas bangun untuk bersiap.
“betul jugak
tu..jom la..” inas segera bangun dari duduknya menuju ke bilik mandi.
Setelah 30 minit
bersiap, aku menelefon aliah mengajaknya pegi program tu sama-sama. Mereke pon
berjalan bertiga pegi ke program yang diadakan di dewan. Setelah masuk ke dalam
dewan, aku segera mencari kelibat zam tetapi hampa. Zam tidak kelihatan di
dalam dewan tersebut. Aku mengambil keputusan untuk menghantar msg kepada zam
bertanya samada dia datang program ke x.
Sya: xdtg
program ke?
Zam: dh lama
start ke? Aku xtahu mende pon.. aku baru dpt info
Sya: blom start
lagi..kitorang pon baru sampai..
Zam: start pukul
bape? Tempat kat mana?
Sya: xtahu la
pukul berapa..dekat dewan C.
Zam: oh okay
Sya: nak datang
x..org boleh suruh tasneem dengan pakwe dia jaga tempat.
Zam: nak duduk
dengan hang
Sya: nak duduk
ngan aku? Ok
Aku pown
terkejut dengan msg dari zam. ‘dia nak duduk ngan aku..biar betul..mamat ni
demam ke..xpenah dia nak duduk dengan aku..ni yang buat aku nervous ni.. zam ni macam saje je nak uji jantung aku
ni..harap-harap xterlompat keluar jantung aku ni..sabar la hati..aduhh..’
Situasi 2 :
Dalam kelas zam
duduk sebelah aku. Apa lagi, gelabah la aku..sepanjang kelas aku asyik senyum. Aliah
dengan safinas kt sebelah kiri aku ni dah senyum-senyum penuh makna. Zam duduk
sebelah kanan aku pulak duduk x diam. Lengan aku selalu tersentuh lengan zam.
‘ish zam ni..duduk la diam-diam sikit..dah la asyik tersentuh je lengan
ni..jantung aku ni dah macam bunyi org main drum dah lajunya..dupdapdupdap..yang
minah dua org ni..tersenyum-senyum dari tadi..nak perli aku la tu..’ kata aku
dalam hati. Tiba-tiba, pensyarah menyuruh semua pelajar merujuk nota yang
diberi minggu lepas. Aku pon keluarkan nota aku. Aku menoleh kearah zam.
“bawak nota x?”
tanya sya
“xbawak
la..kongsi boleh?” kata zam..
“ok” aku memberi
persetujuan untuk kongsi nota dengan zam. Ketika ingin menyelak helaian kertas
tu, kebetulan aku dengan zam sama-sama ingin menyelak kertas tersebut. Jadi,
aku pon tersentuh tangan zam. Sepantas kilat aku menarik kembali tangan aku
kerana terkejut. ‘alahai..dah macam cita drama la pulak tersentuh
tangan..memang xbasuh la tangan aku ni..’ aku berkata dalam hati. Aku curi-curi
pandang kearah zam tapi tiada reaksi dimuka dia. Habis je kelas, aku terus
cerita pada aliah dan safinas. Diorang pon menyakat aku dan ketawa sampai la
kitorang sampai bilik.
Haa..yang baru
dua situasi..ada lagi..kalau cerita dekat sini..boleh buat novel..hehe..dah
mula merepek dah aku ni..
**************************************************************************
“wei sya..hang
kan suka dekat zam..tapi dia dah ada awek ke belum..hang dah tanya dia ke?”
aliah bertanya kepada aku semasa kitorang tengah buat assignment. Safinas
memandang aku menanti jawapan.
“ermm..sebenarnya
aku pon xtahu dia dah ada awek ke belum..xterpikir la pulak pasal tu..hehe..”
aku jawab sambil tersengih. Safinas dan aliah menepuk dahi serentak.
“tapi aku rasa
kan..zam dah ada awek..muka handsome..badan ketak-ketak..xkan la dia xada
awek..hot stuff kot..” aku memberitahu mereka pandangan aku. Mereka
terangguk-angguk mendengar jawapan aku. Dah macam buruk belatuk dah aku tengok.
“betul jugak
cakap hang tu..tapi mana la tahu kot dia tu xada awek lagi..hang try la
tanya..”aliah memberi cadangan.
“tanya dia?hang
gila ka..xpasal ja dia tahu yang aku suka dia..malu la aku..”aku menolak
cadangan aliah tersebut. Xnak la aku..nanti malu nak jumpa dalam kelas.
“haha..bagus la
tu..xpayah hang penat-penat nak kumpul semangat untuk confess kat dia..” aliah
ketawa.
“ya la tu..kalau
dia reject aku..buat malu je..xnak la..haa..nanti aku try tanya razak..aku
suruh la dia siasat..amacam?” aku memberi cadangan. Razak ialah budak kelas
kitorang jugak. Antara sebab-sebab razak menjadi pilihan adalah bilik razak
sebelah bilik zam. dekat sikit nak siasat.
“ok jugak
tu..hehe” aliah bersetuju. Safinas pon setuju. Mereka pon menyambung menyiapkan
assignment mereka.
***************************************************************************
Lagi dua bulan
kitorang akan menhadapi final exam. Semua pelajar sibuk dengan assignment,
test, presentation, da sebagainya. Tapi aku still ada masa untuk mengintai zam.
Kalau aku ternampak dia, aku akan curi-curi pandang sehingga dia hilang dari
pandangan. Teruk kan aku punya angau. Dah kritikal dah penyakit angau aku ni.
Safinas dan aliah pon xtahu nak buat apa lagi. Tiba-tiba suatu hari, aku
mendapat panggilan dari mama aku. Mama aku memberitahu bahawa permohonan
biasiswa untuk menyambung pelajaran keluar negara telah diluluskan. Perasaan
aku saat itu bercampur-baur. Akhirnya aku membuat keputusan untuk pegi belajar
ke Australia.
“wei korang, ari
tu mama aku call..dia kata aku dapat biasiwa pegi belajar kat Australia..so,
aku dah buat keputusan untuk pegi..” aku memberitahu kepada safinas dan aliah.
“serious ke?wahh...bestnye
hang..bila pegi?”safinas bertanya dengan muka excited.
“aku plan 20 feb
sebab orientasi start 24 feb..tapi tengok keadaan la..aku kena buat medical
checkup, passport dengan visa. Lepas siap semua tu baru boleh pegi..”aku
memberitahu mereka.
“habis tu, hang
xamek la exam sem ni?hang berhenti bila?”aliah bertanya.
“aku still amek
exam sem ni..penat la aku study tapi xamek exam..haha..aku berhenti lepas habis
exam..”aku senyum memandang mereka.
“kalau aku jadi
hang, sekarang aku berhenti..duduk rumah berehat dengan family..xpayah pening
kepala dengan exam..haha..”aliah berkata sambil ketawa. Safinas mengangguk
setuju dengan aliah.
“mana boleh..aku
nak lepak dengan korang puas-puas..nanti takut korang rindu kat aku
pulak..haha..lagi satu..aku mesti la nak skodeng zam bagi puas dulu..nanti
xdapat nak tengok dah..hahaha..korang tu jangan nak mengada-ngada pegi mengorat
zam ok..korang kena jadi informer aku..kena update pasal zam kat
aku..haha..”aku ketawa kuat..aliah dan safinas pon ketawa sama.
“bukan selalu
nak mengorat dia..lagipon hang kan xada..line clear..haha..”safinas bergurau
sambil ketawa.
“amboi-amboi..seronok
ek..aku belum pegi lagi korang dah plan macam-macam ek..belasah nanti baru
tahu..haha..”kami bertiga ketawa bersama-sama.
‘Aku mesti akan
rindu kat korang berdua..Kawan susah senang aku..Aku harap persahabatan kita
akan kekal sampai bila-bila..’
***************************************************************************
Masa berlalu
dengan pantas. Sudah tiba masanya untuk aku berangkat ke Australia. Pasal zam?
Aku still xconfess perasaan aku pada dia. Aku takut kena reject dengan dia.
Mesti korang rasa aku patut confess kat dia kan? Kawan-kawan aku pon kata macam
tu. Tapi aku xada kekuatan untuk confess kat dia. Macam mana kalau dia reject
aku? Soalan tu selalu bermain dalam fikiran aku membuatkan aku takut untuk
confess. Akhirnya aku pegi ke Australia tanpa meluahkan apa yang aku rasa kat zam.
Selepas dua
bulan berada di Australia, aku mendapat berita dari Razak bahawa zam sudah ada
awek. Hancur berkecai hati aku. Tapi pada masa yang sama aku lega kerana aku
tidak confess kat zam pasal perasaan aku. Rupa-rupanya zam ada awek dekat
sabah. Maknanya dia dah couple lama dah. Aku memberitahu safinas pasal berita
sedih ni. Safinas mnyuruh aku bertenang dan melupakan dia. Betul cakap safinas
tu. Dah xada jodoh, nak buat macam mana kan? Aku terima dengan hati yang
pasrah. Tapi aku berjanji pada diri aku supaya tidak mengeluarkan air mata
kepada orang yang tidak layak. Jadi aku meneruskan kehidupan aku seperti biasa
dengan harapan aku dapat melupakan satu nama yang selalu menjadi sebutan di
bibir aku. ZAM.
~ not every love story have a happy ending right?~